RSS

ku kenal hati mereka!





Cuti Easter berlalu seminggu yang lalu.Banyak lol kisah-kisahnya.Kami pergi ke Breacon Beacon,lebih kurang 45 minit dari teratak kami,bersama Uncle Nor,auntie Catherine,Elia,Johan dan Amil.Seronok banget.Bergambar dengan kuda liar dan kambing biri-biri yang gemux.Air terjun cantik menuruni batu-batu bukit.Cuaca agak sejuk.Kelihatan salji di puncak gunung.Inginku gapai salji,namun diri terlalu pendek! :P Kami makan tengahari disitu.Auntie Catherine bawa nasi goreng.Sedap gilew! :)) Oh ya.Biarku kenalkan gerangan mereka. Uncle Nor seorang ayah kepada seorang puteri,Elia, dan dua orang putera yang comel, Elia dan Amil.Auntie Catherine pula,adalah jantung hati Uncle Nor.Uncle Nor orang Melayu Singapura dan auntie Catherine orang France.Mereka tersangatlah baik dengan kami.Sangat bahagia mengenali keluarga yang cool ini. Suka ku melayan Elia,Johan dan Amil. Mulut mereka mungil gilerw! :) Dan tersangat comel.
Kami menyambut kelahiran Elia yang ke-7,di awal cuti Easter.Partinya dibuat awal kerana cuti Easter.Kami tidur dirumah mereka untuk satu malam.Auntie Catherine dan Uncle Nor pandai memasak dan rajin sekali.Auntie Catherine pandai masak,masakan melayu. :D Auntie Catherine suka dengan lagu M Nasir dan uncle Nor suka dengan lagu Celine Dion. mmm. Satu jiwa la dengan aku. :] Auntie Catherine dan Uncle Nor memang baik banget.Walaupun berbeza bangsa, tapi aku tak pernah rasa kekok dengan mereka.

Ingatlah lagi!

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. 2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang. 4.Bantu mendidik seorang anak. 5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah. 6.Berkongsi CD Quran atau Doa. 7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 8.Tempatkan pendingin air di tempat umum. 9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. 10.Hantarkan kpd orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insya Allah~

Ingat mengingati

Penyakit manusia adalah lupa.Selalu lupa dan sengaja nak lupa-lupa. Kerna itulah, berpesan kepada kebaikkan itu,adalah orang-orang yang untung sabut kelapa! :) Aku pun selalu lupa.Maka ingatkanlah aku...
Maka dengan itu,bacalah...

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.' ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam....

Protest buat Belanda!

hey salam semua.Ini senarai barang yang sepatutnya korang jangan beli da..sebab pengarah filem Fitna yang banget kurang ajar dengan orang Islam. Alhamdullilah,aku jarang banget beli barang keluaran diaorang.Kecuali Kinder Buena dan Ferrero Roche.Sekarang kena stop!
Sebernarnya susah juga nak berdakwah.Kalau dengan guru muzikku, mentah-mentah,langsung tak masak, beliau tolak Islam.Tapi, Insyallah, suatu hari nanti, dia akan percaya wujudnya Tuhan.Dan Tuhan itu adalah Allah..Namun begitu alhamdullilah, kerajaan UK banget baik dengan orang Islam.KAMI MASIH DIBENARKAN MEMAKAI HIJAB! Tidak seperti di Turki dan Perancis!
TAKBIR!

Dutch Lady - Susu Ferrero Roche - Coklat Wall’s - Ais Krim Ing -Insurans Planta -Magerin Lady’s Choice -Magerin Lipton -Teh Shell -Minyak Knorr -Perisa Makanan Dove -Mandian Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan Radiant -Deodoran Rexona -Deodoran Ponds -Produk Kecantikan Kieldsens -Coklat Slimfast -Produk Pelangsing Lego -Kismis Philips -Barangan Elektrik Duyvis -Makanan Ringan Gouda -Keju Robin -Pencuci Lantai/Pakaian Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian Omo -Pencuci Lantai/Pakaian Labello -Lip Balm Pickwick -Teh Venz -Mentega Coklat Kinder Bueno -Coklat Unilever -Syarikat - - Sunsilk -Shampoo Fair & Lovely -Produk Kecantikan Lux -Mandian Vaseline -Lip Balm Cif -Pencuci Lantai Surf -Pencuci Kain Wishbone -Pencuci Kain Doriana - Keju Krim Bertolli -Minyak Masak

nama blog ditukar!

sekadar makluman

insyallah nama blog ini akan ditukar kepada gadisreformasi.blogspot.com
dan mungkin masa akan dtg! insyallah!

Ewah

Di dunia yang nyata ini, make up bagi gadis-gadis itu adalah canthek.Bulu mata jadi panjang lebat macam bulu mata unta.Pipi merah menyala macam entah.Muka putih melepak macam hantu pontianak.Bibir jadi pinky winky.eWah. Cun gila ke? Mungkin ya kalau profesional dan kalau tidak gila-ghila.
Aku? Ala,, aku rasa macam rimas kalau make up.Jarang sangat nak make up. Lagipun, make up tu macam plastik. Cantik yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Kalau sikit-sikit,boleh la gak.Masih di bumi nyata.
Kalau di sekolahku, budak perempuannya macam umur 20 tahun.Especiallyoo, yang make up macam hantu.Dia orang bawa satu beg khas untuk make up.Sikat,perfume,lipstik,eyeliner,bla,bla,bla........Ah! Banyak gila dong!
Make up tak penting pun sebenarnya.Kerna cantik muka yang dihiasi warna-warna kelentong, tak sama dengan muka yang canthek tanpa hiasan warna-warna kelentong.Tapikan... hati tu lagi fentheng! ewaH!
:>

Sultan Raja Manchester

Sabtu pagi lalu,kami pergi ke Manchester.Menaiki kereta Honda putih kami.Kami tiba di istana Sultan Raja Iskandar di Manchester lebih kurang waktu petang.Ku temui anak kecil, Iman Sofea.Anak perempuan baru Sultan Raja Iskandar.Comel sangat.Ku bermain bersama Raja Arif dan Cik Tuan Puteri Fatin Allawiyah.Budak-budak yang sudah lama tidak ku temui.Comel masih sama!
Malamnya,kami mengunjungi rumah si comel Zulaikha.Dia sudah besar! Dan tahap kecomelan juga tidak ada perubahan! Ada tetamu lain juga dirumah itu.Mereka bercakap tentang dunia poltik secara terbuka.Ayah turut sama bercakap.Oh ya.Diskusi la.Diskusi politik.Aku cuma mendengar dan kemudian bermain dengan budak-budak.Agak lewat kami pulang.Cerita "Chocolate Factory" yang ingin ku tonton di kaca tv,tak sempat ku tonton! Sudah habis!
Esoknya,kami pergi ke Carboot Sale di St Helen.Agak jauh dari istana Sultan Raja Iskandar.Bla.bLa.blA.Oh ya! Masa sudah dikurangkan sejam! Maknanya,jam harus dipercepatkan sejam kerna sudah masuk musim bunga! Maka,hilanglah 8 jam waktu tidur.Dan 7 jam beza waktu Malaysia dan United Kingdom.
Kami meneruskan perjalanan di Knowsley Safari Park. 37 pound untuk bayaran. Kami jumpa pak singa dan keluarga.Jumpa macam jenis rusa.Tanduk besar gile! Boleh buat art. :p Kami jumpa baboon dan monyet.Mereka lompat-lompat di atas kereta kami.Mereka meninggalkan sejarah pada kereta Honda kami.Tahi! Dan tapak kaki kotor! :o Kemudian,kami pergi jumpa unta,llma,dan badak sumbu.Aku sentuh pak unta.Beshnye.Tapi,adik aku menjerit-jerit,tak kasi buka tingkap kereta.Mengada betul! Aku tak kisah pun, aku nak bukak gak tingkap kereta.Nak pegang pak unta.Bukannya unta tu mengamuk kat aku.Dia lagi suka ada la. =p Kemudian, kami jumpa si merak.Nak posing dengan dia.Tapi,dia sombong! Dia lari jauh-jauh bila aku nak snap picture together!Ceh! Kurang asam. :O Tak pe.Tak nak sudah. Malas aku nak layan kau. Aah! :I
Lepas kes merajuknya dan terasa hati aku pada si merak,aku jumpa pak gajah.Diaorang tak sombong pon.Bagus.Bagus.Ini aku sayang sangat nieyh.Alamak! Tapi,camera dah low battery! Tak boleh guna! WAAAAAAAAAAAAAAA! :,( Tapi tak pe,camera Sultan Raja Iskandar boleh jadi hero! :D



Lepas pusing satu safari, kami makan tengahari.Makan sandwich dan nasi goreng masakan cik Su.Isteri kepada Sultan Raja Iskandar.Sedap! :) Sebelum kereta kami keluar dari kawasan Knowsley Safari , kami bergambar di signboard Knowsley Safari Park.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Liverpool.Jalan-jalan.Kami terjumpa "The Beatles Story" exbition.Aku tak minat pun dengan diaorang.Saja je ambik gambar.Selepas itu,kami jalan-jalan lagi.Sangkaku,kami dapat berhenti seketika untuk bergambar di Liverpool Stadium.Tapi, hari tu, mereka ada game.Parking pun tarak.Maka,kami cuma pergi ke Everton Stadium.Tidak jauh dari Liverpool Stadium.Berhenti sebentar.Ambil gambar.7 minit kemudian,masuk ke kereta semula.Dan,meneruskan perjalanan ke rumah kawan Sultan Raja Iskandar.Kami jumpa si comel Aiman.Dia suka kiss Iman Sofea.Muncung sekali bibirnya,mahu cium! Aiman budak 3 tahun yang banget comel dan kelakar.Kami makan young tau foo di rumah itu.Kami juga menonton cerita "Around the world 80 days".Lakonan Jackie Chan.Kelakar gila! Pecah perut usus aku. Tak sempat ku habis tonton,kami harus pulang rumah.Sampai rumah Sultan Raja Iskandar,ceritanya sudah habis! Aduh! :I
Esok pagi, aku bangun jam 5.30 pagi.Harus cepat.Hari ini,kami tidak lagi menaiki kereta Honda kesayanganku.Honda akan dijual :( Sultan Raja Iskandar menghantar kami ke Stesyen Keretapi. 4 jam dalam keretapi. Aku melukis.AKu tidur.Aku makan.Aku tengok kiri dan kanan.Seronok. Kerna,sudah lama tidak ku naiki keretapi. Ini kali pertama di United Kingdom.Pukul 12 tengahari,kami tiba di teratak 60,Alexandra Terrace.Tak penat sangat.
Oh Sultan Raja Iskandar itu pak cik Raja Iskandar. Pak cik Raja yang suka perasan santan. :P Terima kasih atas percutian yang besh banget! :)