jihad jahat jika akulah Sultan
2.Bila budak naik atas bonet Raja Di Hilir Perak,bila rakyat membaringkan diri diatas jalan bagi menghalang kereta di Raja,bila diludah Raja Di Hilir Perak,bila rakyat mula menjerit "apa sabar-sabar?" adakah ini bukan satu kewajaran emosi dan fakta yang sememangya akan berlaku? ANDA BERHAK! Kita berhimpun atas nama keadilan.
3.Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.
Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.
Perkara 21- Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966
4.Tak perlulah pihak MAHA ZALIM mengakui menjerit dijalanan tentang isu Palestin.Sedangkan,isu hebat dizalimi di Malaysia sendiri itu adalah lebih jelas dan nyata di mata seorang pemimpin yang berhati mulia.Hebat sekali drama TV3!
5.Kalau berjuang kerana wang dan kuasa,kau jual pisang goreng tepi jalan sudahlah!
6.Kalau berjuang kerana status keimanan dan satu tanggjawab,jomlah kita sama-sama syahid fisabillilah.
7.Peringatan dan pengajaran juga pada PKR.Kalau nak berjuang,drive kereta katak pun tak mengapa la.Tak perlu kita mewah.Cukup dan syukur dengan apa yang ada.
8.Dr Zambry jangan lupa pula tesis phd yang dahulu kala pernah dikaji oleh dirimu.Kajian tentang perjuangan PAS itu.Anda tersilap landasan terbang perjuangan la pulak.Bukan Perak yob.
9.Bila dah berkuasa,ingatlah yang bawah.Bila dah turun,baru teringat nak naik atas.Jangan sampai tsunami lagi.Biar pun beratusan rakyat digari,dilokap,diseksa dan dizalimi,aku tidak akan berdiam sepi.
10.Aku cuba menjadi relax se relax bapak aku.Tenang dalam kawalan emosi tapi masih berdiri di duri.Kalau bisa tidak mahu emo sangat.Cuma,kadang-kadang perasaan perempuan itu selalu begitu.Kata bapak "emosi terkawal perlu dalam perjuangan".
Erdogan heroku Venezuela panglimaku Doraemon sygsku
Kau membuat aku tersenyum bahagia melihat keberaniaan kalian.Aku cuma menunggu bilalah masa Perdana Menteri Malaysia itu bisa menjadi seperti kalian. Oh ya. Tak sabar rasanya,menunggu "dia" meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun, risau juga siapalah akan bisa menjadi penggantimu.Aku tidak mahu Najib. Aku mahu Erdogan atau Hugo Chavez menjadi Perdana Menteriku. Kalau enggan juga, biar saja Doraemon berjuang menjadi Perdana Menteri istimewa untuk Malaysia.Bisa aja bukan! Benar bukan wahai Malaysiaku!
Palestin juga perjuanganku

- Tak perlu dicerita apa perasaanku jika kau mengerti erti perjuangan dan Palestine.
3.Ibu ayah aku cakap dan berpesan "perjuangan menentang nafsu itulah sekecil perjuangan yang memerlukan sebesar besar pengorbanan"
4.Aku dan adek melancarkan kutipan derma untuk Gaza disekolah Bishop Gore.Terima kasih sangat pada headmaster kerana memberikan kami keizinan dan juga sokongan.
Aku angkat tangan untuk bercerita pengalaman pahit dan manisnya pandangan orang non muslim dan juga muslim terhadap isu Palestine di Unitarian Church.Diakhiri dengan laugan suaraku "Free for Palestine" dan juga satu tepukan "semangat".
5.Biarlah ada diantara mereka enggan dan juga menyokong tindakan gila kekejaman zionist,aku masih juga berjuang di medan keadilan.Aku terangkan pada mereka apa yang terjadi di Palestine itu adalah satu ketidakadillan,kekejaman yang bertentangan dengan akta kemanusiaan sedunia!
6.Biar pun ada 20% di sekolah ku menyokong Israel, aku tidak akan lemah untuk berjuang.Poster yang kami lekatkan dicabutl.Kami diprovok oleh cikgu sendiri.Kami tahu,kami ada keberaniaan.Dan kerana itu,aku dan adik,tidak akan berhenti untuk berjuang demi Palestine.
7.Biar pun ada 3 orang guru,yang mahu berlaku adil terhadap Israel,maka diorang tidak mahu untuk menderma.Masih lagi nak berlaku adil pada pembunuh?bagus punya orang.
8.Biar pun ada seorang guru yang bersikap "racist" terhadapku
"It is better if I give this money for African.I dont want to be involved in this war"
Sir,this is for human rights!-jawab aku dan ucap terima kasih dan terus bla.Kecewa pada hari pertama!
9.Biar pun ada seorang mulut celupar mengatakan "thats not my country,why do I have to care?Hamas just cannot stop to attack Israel.So,they never can stop it"
Biarpun ada juga orang Melayu Islam tidak turun padang dengan berbagai alasan tidak masuk akal dan hati, beringatlah kamu. Kamu Islam. Mereka saudara kamu di Palestine.Mereka juga memerlukan suara berani kamu.Bangunlah dari mimpi kamu.
10.aku tidak mahu menangis kerana orang yang pendek akalnya sebegini.Tapi,aku syukur,aku dilahirkan dengan mempunyai rasa hati.
Ramai juga guru-guru dan kawan-kawanku yang menyokong tindakan Palestine.Syukur alhamdullilah.Ini baru perjuangan di sekolah.Bukan di parlimen lagi.Bukan juga di medan perang!
11.Tahniah pada PAS kerana memenangi Pilihanraya lalu.Apa pun,aku tidak mahu Pakatan Rakyat alpa dan lupa dengan kemenangan ini.Ada sedikit kekeciwaan terhadap Pakatan Rakyat.
Hukum Hudud! Jalan la boss.Kau nak lawan hukum Tuhan,kau lawan sampai Qiamat pun kau tak menang la.
tapi aku masih tidak pasti,layakkah aku bergelar syahidah suatu hari nanti..aku ni kira budak nakal gak.ngeh2.gedik dan getik jew ;p
surat jiwang untuk Pak Lah-poster Malaysia is Ours & Alahai
Salam perjuangan salam
Salam reformasi salam dari jiwa
Izinkan hamba menulis kata .
Alahai kisah rakyat jelata
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Pepatah Melayu tak pernah ku lupa
Kerana aku anak
Wahai Pak Lah
Matakanlah hatimu
Dengan setulus kasih
Ku pinta darimu
Yo Yo wassup Pak Lah.
Berhentilah dan berhentilah
Menyeksa rakyat tak bersalah
Berdosa tak sudah-sudah
Bukan mudah ku ungkai kata
Memang benar ku harap balasan
Bicara hati berkata sayugia
Pulangkan Malaysiaku yang aman!
Bilang Hang Tuah si pahlawan
Takkan Melayu hilang dek zaman
Perdana Menteri itu adalah mantan
Mana hilang maruah perjuangan!?
Cepat, Mesra dan betul
Mereka suka saja bertawakal
Sepak terajang bab terawal
Itu kerja paling bedol
Andai benar kamu laki sejati
Buktikan kamu berani
Rasai enaknya kamu digari
Ke dunia ISA yang kamu cintai
Saat Melayu dipijak-pijak
Bahasa bonda dihaprak-haprak
Dunia
Dikau masih tersengih jua tergelak
Berabad impi dan mimpi
Dikau bukan Perdana Menteri
Bukan juga dikasihi
Malah dirimu menjadi benci
Dilokap dipenjara si pejuang
Diseksa zalim dan kejam
Jangan jadi macam beruang
Makan daging saudara itu haram
Kecil-kecil cili api
Bahasa itu bangsa
Budi itu pekerti
Islam itu agama
Kecewa sedih itu rakyat
Bahagia memanjang itu kamu
Manusia tidak takut
Menentang lantang si penipu
Jangan dicabar kuasa jelata
Kerana kamu manusia biasa
Yang suka-suka sahaja
Jadi Perdana Menteri Malaysia
Nur Najihah itu nama
Gadis Melayu muda usianya
Jangan dilangkah reformis saya
Andai kamu Perdana Menteri Malaysia
Buka minda
Buka hati
Wahai Abdullah B Badawi
amaran terawal & terakhir
Dan satu amaran keras, tolong jangan salahgunakan shoutbox di blog saya. Iklan yang gedik2 atau perniagaan yang tidak saya berminat langsung, tolong jangan nak menggatal di shoutbox saya. Saya memberi amaran secara tegas. Saya tidak berkasar selagi mana anda tidak berkasar dengan saya.Saya manusia yang sayangkan manusia.
ps; pak lah pun boleh saya sayang kalau dia sayangkan saya sebagai rakyat jelata dia.
fakta suara hati reformasi
Poster Pak Lah dah sampai di terataknya.Ibu yang poskan dari Malaysia.Entah dibaca entah tidak.Terpulang.Meski di ISA kan.Batak sangat pe dengan ISA?
eee.gedik.dasar pengecut!
Tangan yang digari tak bisa menggari reformasi.
cerita-cerita dahulu tika semangat Reformasi menentang kekejaman terhadap DSAI.Dahsyat.Aku masih ingat zaman tu aku budak kecik lagi.8-9 tahun camtuw la.Faham ke aku tentang demokrasi waktu tu?TAK! Langsung tak.Tapi,aku kesian sangat bila orang2 yang bejuang di Malaysia ni,dihina-hina,ditangkap sesuka mangkok ayun,pukul-pukul.Ingat kes Memali? EEE.Manusia ke setan ni?
JAWAB!
-kenyataan dari Tun Mahathir di Universiti Cambridge,UK terang-terang menyerang demokrasi.Takut sangat nak tukar kerajaan.Tun mengamalkan kronisme,rasuah dan dsar bail-out
-Negara Jepun sering bertukar Perdana Menteri, tetapi tetap kekal & stabil.India terus utuh meskipun bertukar parti pemerintah.
Tanpa demokrasi akan berlaku kezaliman & kehancuran sprti Soviet Union & Eropah Timur.Pejuang-pejuang kemerdekaan negara sedar maka memilih sistem demokrasi untuk menggantikan penjajahan Inggeris.
-Victor Hugo dalam Les Miserable mengungkap
"Social prosperity means man happy,the citizen free,the nation great"-kepimpinan sebagai tanggungjawab(taklif) bukan kebanggaan(tasyrif)
-Saidina Umar Al-Khattab tika mnjdi kepala negara tidak berasa kekok utk ditegur hatta dengan pedang terhunus oleh sahabat yg tidak terkenal.Umar bersyukur masih ada sanggup membetulkannya.Kalau ditempat anda? adakah keris terhunus disambut dengan semangat yang sama?
uhm.
Berpijak di bumi politik harus dibuka minda.Kelembutan masih ada ketegasan.
Hari Hartal.
Ayah jadi jemputan sbgi speaker.Bercerita tentang sejarah Hari Hartal.Aku sendiri tak pernah dengar hari Hartal!
Tapi,dalam byk2 cite ayah.Ayh pernah jumpa salah seorang pejuang Hartal ni yang hidupnya berbumbungkan angkasa kelabu je.Ayah menanges terharu melihat seorng pejuang yang berbakti untuk tanah Malaya tidak pernah terkilan atau kesal.Meski rumah bumubungnya bocor!
Tumpang tanya
Mana hilang kerajaan berwibawaku?
humm.humm.
kesimpulan; Buku "SUARA HATI REFORMASI" adalah suara hati oleh DSWA yang diterbitkan di akhbar Parti Keadilan.Buku lama yang bagus =]
Berani berubah-moto waktu ayah jadi calon Pasir Salah-2004
Moga kemenangan Obama dapat jua menentang kezaliman Amerika terhadap dunia.Yek Obama ku? :D
sedang merindu
sibuklah itulah inilah dengan coursework
demam sekejap2 mungkin ada dosa yang banyak kot
rindulah itulah inilah
tapi
inilah kehidupan manusia
tak pernah sempurna
dan
kerna itu kita dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain
Adam dicipta bersama Hawa
Hawa diciptakan untuk Adam
kali ini, rindu makin tsunami
memori arwah embah lanang ada di hati
tak pernah sesaat pun mati
embahku
moga rohmu aman dan bahagia
kakak sayang embah
=]
2 October 1964
hari lahir ibu yang tersayang dan dirindui akan segala tentangnya
moga ibuku yang comel ini akan dipanjangkan umurnya
kakak sayang ibu
=]

