RSS

kuasa lensa kamera, kuasa Tuhan!

Salam! =)

Pernahkah anda mendengar dakwah melalui fotografi? Ha Jiha pun tak pernah dengar sebenarnya. Tetapi setelah memulakan langkah minat dalam bidang fotografi, sumber idea datang kebanyakkannya dari Islam,agama anutan saya! Disitulah terbit

Bidang dakwah bukanlah bermaksud ustaz,ustazah,syeikh semata-mata! Berdakwah itu luas erti katanya. Bidang seni suara, seperti Opick, bidang tarian, seperti tarian Sufi, bidang seni & graffiti, seperti Mohammed Ali Aerobic Aerosol, bidang fashion, seperti Rabia Z, dan bidang rambut panjang, ayah saya la! LOL =D

Dari pemerhatiaan Jiha, rakyat Malaysia mungkin kurang menghargai erti keseniaan yang sebenarnya. Berapa ramai yang akan membeli harga sebuah lukisan dengan harga yang tinggi?Lihat saja bidang fotografi. Erti fotografi mungkin lebih senang dihati jiwa anak muda. Tapi bagaimana pula dengan golongan "pendakwah"?

Ya jangan sempitkan hidup dengan mentaliti agama sahaja. Inilah peluang & ruang untuk berdakwah dengan cara yang lebih santai & cool. Peter Sanders menjadi bukti, fotografi adalah bidang dakwah! Hatinya terpaut pada Islam melalui bidang fotografi! Itu kuasa lensa, Kuasa Tuhan !


Berada di alam nyata, mempelajari ilmu fotografi dengan seorang guru (dan rakan sekelas) yang bukan beragama, menjadi satu ruang pameran dakwah secara gambar.iha juga ada meletakkan gambar dan bertuliskan ayat terjemahan Al Quran. Percaya atau tidak, guru & rakan sekelas fotografi, mula memahami erti kehidupan seorang Muslim yang berpegang pada Al Quran dan rasa kagum pada kehebatan kekuatan ummat Islam,terbit dari tutur bicara mereka.

So jangan pandang sebelah mata,dunia fotografi dan seni! Kerana ianya ada nilai tersendiri. Jiha tulis, berdasarkan pengalaman dan setitik pengalaman berada di alam fotografi! Lu pkir la sendiri la kan :)

Take care!


0 suara reformasi: