RSS

Beraya di perantaun lagi ek Jiha?

wahid- Salam Ramadan Karem dan Syawal lagi para pembaca yang budiman. Alhamdullilah, sudah hampir kita pada tarikh Syawal dan kini Ramadan pula bakal meninggalkan kita. Tak puas rasanya bercinta dengan Ramadan. Rasa mahu dipeluk erat supaya tidak meninggalkan kita. Entahkan tidak kita akan masih bernafas di masa Ramadan akan datang. Ya Allah, sayunya hati melihat Ramadan bakal meninggalkan kita.

Isnaini- 4 tahun sudah kami bergelar perantau di bumi Tuhan. Bukan di Britain sahaja. 4 kali juga kami beraya sebagai keluarga perantau. Tak pernah pun sangka, rezeki Tuhan pada kami, sampai di negara orang.Jauh sekali dari Malaysia. Berjumpa manusia dari a-z, lesbian mahu pun gay, muslim berada atas nama Islam semata,dari penyanyi,ahli politik, aktivis,sukarelawan, syeikh, pelarian, dan berbagai status manusia di muka bumi Tuhan. Ada sejuta kisah dibalik daun dan cendawan di lantai Tuhan.

Salasa -Di bumi Tuhan, bukan semua Muslim berpuasa. Lelaki atau perempuan. Muda atau tua. Pernah saja jiha temu mereka, meminta izin dengan sopan lagi, untuk makan kerana dia tahu jiha berpuasa . Laki apatah lagi sukar difinisikan sebagai Muslim,melainkan jika dia berpakaian seperti Muslim (songkok,etc). Bilangnya, entah kenapa dia tidak mahu berpuasa, penat balik gym. Bilang Jiha, Tuhan tak ciptakan puasa untuk menyusahkan kita.Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam melaksanakan apa yang Dia ajarkan pada kita. Cantik Ramadan itu, bila terasa manisnya berduaan dengan Allah, berkongsi iftar dan sahur bersama, merapatkan sof solat,bertembung bahu, merapat rusuk dada bersama brothers and sisters. Entah kenapa perasaan itu datang kejap-kejap. Subhanallah, cantik sungguh menjadi seorang Muslim dan Islam itu sangat indah ;)

Arba'a- Barangkali, soalan paling popular yang sering diajukan oleh sahabat2 dan keluarga di Facebook ,YM dan telefon, " Tahun ini balik raya Malaysia tak?, bila nak balik Malaysia ini?". Air mata embah wedok (nenek sebelah ayah), menitis lagi. Hampa hatinya menanti kepulangan kami. Ya Allah, moga Allah beri kekuatan pada embah,keluarga,dan sahabat2 yang menantikan kepulangan kami.

Khamsa-Menjadi perantau seperti belajar untuk belayar di awan. Rapuhnya awan,tak pernah berhujung. Naik turun kapal terbang, hati melodak untuk pulang ke Malaysia,melihat kepak kapal terbang menjalani di awan putih. Rindu bertaut rindu. Menanti kucupan dan pelukan keluarga dan sahabat yang dirindui.

Sittah- Kadang tidak ada ketupat, dan tidak kedengaran Takbir Raya ala Malaysia. Namun Syawal tetap dinanti dengan hati yang gembira,insyAllah. Baju dan tradisi melayu masih tersemat di hati. Rasa bangga menjadi rakyat (Muslim) Malaysia walaupun Jiha jauh dari Malaysia. Doakan jiha sekeluarga untuk pulang dengan selamatnya. Kalau ada jodoh, kita boleh jumpa di Malaysia nanti. Jangan malu2 ek dengan jiha. Hehe >,<>Nanti bagi jiha duwet raya ek. Haha. Maaf zahir dan batin kalau kalian pernah terasa hati atau apa2 je la ek. Take care. Jangan maen mercun taw.

Sab'ah-Last message Doakan untuk brothers and sisters kita di dunia yang lain. Kasihan pada mereka. As behalf of Islamic Relief, jiha nak ajak kalian semua untuk bermurah hti menderma. Sila click link ini okesh (for Pakistan). Alhamdullilah, kami berjaya mengumpul 117,000 pound hasil dari dinner for Pakistan di Cardiff, Wales! Takbir! =)


Ini e card yang Jiha design untuk kalian. Feel free to copy okesh! =)

2 suara reformasi:

aminmenulis said...

Salam Akhir Ramadhan,

Wah, 4 tahun diperantauan mmg suatu jangka masa yg pendek. Tp, apapun, pengalaman itu bukan semua orang boleh rasai kan? Alhamdulillah, kita antara manusia yang Allah pilih untuk di perantauan dan masih dipelihara iman dan Islam.

Tercuit rasa, bila ada kawan2 yg non-muslim puasa n pg masjid sama2. Xpernah lg rasa pengalaman macam tu. Moga Allah beri mereka hidayah. aminn..
Bila tgk realiti kat Malaysia, mmg sangat menjadi fitnah kepada Islam.

Suka ayat kupas tu. Kalau kita kupas isu umat Islam kat Malaysia, ibarat mengupas bawang, semakin dikupas, semakin pedih rasa mata.

Semoga Ramadhan kali ini, menjadikan hamba-Nya yang bertaqwa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, MAaf Zahir dan Batin dari bumi anbiya'.

cik c0kLet said...

salam..jiha,raye molep2..[a bit late,haha]-iylia-