RSS

sembahyang di gereja, UK

Uno
  • Dari kelas politik di Olchfa school
Sewaktu UK menjajah (perang) negara-negara manusia lain, telah wujud fakta bahawa mereka berjuang atas nama agama Kristian dan mahu menyebarkan agama Kristian. Sedangkan ketika itu, pihak gereja di UK mempunyai kuasa yang tinggi dan kerana itulah nama Kristian disalahgunakan untuk menjajah.Gereja disini tidak seperti masjid. Hanya 7% sahaja orang Kristian pergi ke gereja. Manakala masjid Masyallah ziarahnya tidak pernah putus. Orang putih (khususnya) di sini tidak mahu beragama diatas kerana kisah perang-perang agama. Masih kebanyakkan manusia disini masih mencari erti hidup.


Dos
  • Dari Interfaith Day di Bishop Gore school
Telah diadakan hari promosi Religious Study course dari pensyarah-pensyarah Trinity University. Mengenal agama dan kisah-kisah disebaliknya. Seorang pensyarah (white people) bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan. Jiha tanya dia, "what do you believe then?" dan dia jawab " I will answer you, if you take this course. You will know me better!"
Menarik mengenali agama. Lebih menarik, ianya satu hari gabungan fikiran antara Muslim dan Non Muslim students dan pensyarah.Berfikir tentang agama!
Cikgu Religious Study di sini pun tidak tahu untuk memilih agama untuk dirinya sendiri.

Tres
  • Dari gereja di Carmarthen
Sembahyanglah kamu dimana jua kamu berada. Meskipun di dalam gereja. Islam itu demokrasi dan agama yang mudah (bukan dipermudahkan). Pihak gereja disini pun demokrasi. Di gereja Carmathen, kami umat Islam ketiadaan masjid, maka di gereja itulah kami bersembahyang dan berbuka puasa( Ramadhan time) . Terima kasih.

Cuatro
  • Dari Swansea University Mosque
Di kelas pengajian Tafsir, Syeikh Abdullah Yassin.

Jiha bertanya : Boleh tak kalau kita pergi ke Carol Service di sekolah (Christmas event) sebab cikgu ajak? Dan boleh ke kita pergi ke gereja?

Syeikh Abdullah menjawab : Kenapa tidak? Kita boleh meraikan sebagai tanda penghormatan bukan kita menukar agama kita. Kita bukan meraikan kelahiran Nabi Isa dari sudut Kristian. Kita meraikan Nabi Isa sebagai Nabi dalam Islam. Jika berpeluang dan jika ada bertanya, kenapa kamu di sini (Carol Service), ceritakanlah tentang Nabi Isa dari sudut kepercayaan umat Islam dan kehadiran aku disini sebagai tanda penghormatan aku kepada kamu kerana menjemputku. Ini pun jalan dakwah. Kita mungkin boleh "mempengaruhi" budaya Islam itu kepada mereka.


Cinco

  • Dari makmal di Swansea University
Di akhir pertemuaan Jiha dan seorang kenalan (wanita) Kristian..
Jiha; See you again
Bella; InsyAllah

Seis

  • Dari Harakah Daily website di ruang tamu, Alexandra Terrace

Jiha layari blog uncle Zaharuddin dan begini penerangannya;

pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88)

Tulisan hati Li Foo Gao (click click)
Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.
siete

Dari sini untuk sana


Tak pernah terfikir sekali pun di hati Jiha, politik dan agama di tanah air yang Jiha cayang banget boleh jadi begini =,( Agama dan politik memang tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka jadinya liberal. Namun begitu isu agama tidak boleh dipolitikkan dengan selamba gajah. Yang boleh diperjuangkan oleh ahli politik (dan parti) adalah kerana agama. Bukan kerana kepentingan parti.

Meski pun Tok Guru Nik Aziz tidak bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH, namun beliau tetap menziarah gereja yang diserang. Paderi pun berasa terharu. Jiha pun fikir gak, kawan Jiha beragama Kristian pasti terasa luka dihati bila gereja diserang. Kita orang Malaysia. Ada budaya, ada adab dan dan agama.

Mana-mana parti dan pemimpin politik, dimana hati dan akal kita?
Bersatulah wahai ummat!

" When there is no peace, that is mean, people is forgot that we are belong to each other"- Mother Teressa


* Jiha solat di kelas sebelum Politics lesson bermula. Jiha tak nak lambatkan solat sebab nanti tak sempat. Jiha minta izin dari cikgu. Kesefahaman antara Muslim dan Non Muslim itulah kehormatan peradaban agama. Tidak bersependapat, bukanlah bermakna peperangan bermula, tetapi penyatuaan hati dan fikiran serta toleransi haruslah ada.

1 suara reformasi:

mrfathi said...

bagusnya berada dlm suasana hidup berbeza adat dan agama...
Mereka(non muslim) boleh menanyakan pendapat agama2 lain apa yg ada dlm agama kita...

kamu perlu menyampaikan tentang indahnya Islam kepada kwn2 kamu yg non muslim...sebab mereka mahu apa itu Islam...

Dah tercatit dlm buku Sejarah KBSM penyebaran Islam di Asia Tenggara (terutama Nusantara/Alam Melayu) Islam disebarkan dengan cara berhemah...tiada peperangan dan pertumpahan darah...ditambah dengan jiwa Melayu yg mudah menerima,maka Islam sudah sebati dengan darah daging Melayu itu sendiri...

Melayu=Islam
Islam=untuk semua...Islam itu universal...

Selingan:panjang betul komen saya...awak jadi la follower saya...