RSS

Sultan Raja Manchester

Sabtu pagi lalu,kami pergi ke Manchester.Menaiki kereta Honda putih kami.Kami tiba di istana Sultan Raja Iskandar di Manchester lebih kurang waktu petang.Ku temui anak kecil, Iman Sofea.Anak perempuan baru Sultan Raja Iskandar.Comel sangat.Ku bermain bersama Raja Arif dan Cik Tuan Puteri Fatin Allawiyah.Budak-budak yang sudah lama tidak ku temui.Comel masih sama!
Malamnya,kami mengunjungi rumah si comel Zulaikha.Dia sudah besar! Dan tahap kecomelan juga tidak ada perubahan! Ada tetamu lain juga dirumah itu.Mereka bercakap tentang dunia poltik secara terbuka.Ayah turut sama bercakap.Oh ya.Diskusi la.Diskusi politik.Aku cuma mendengar dan kemudian bermain dengan budak-budak.Agak lewat kami pulang.Cerita "Chocolate Factory" yang ingin ku tonton di kaca tv,tak sempat ku tonton! Sudah habis!
Esoknya,kami pergi ke Carboot Sale di St Helen.Agak jauh dari istana Sultan Raja Iskandar.Bla.bLa.blA.Oh ya! Masa sudah dikurangkan sejam! Maknanya,jam harus dipercepatkan sejam kerna sudah masuk musim bunga! Maka,hilanglah 8 jam waktu tidur.Dan 7 jam beza waktu Malaysia dan United Kingdom.
Kami meneruskan perjalanan di Knowsley Safari Park. 37 pound untuk bayaran. Kami jumpa pak singa dan keluarga.Jumpa macam jenis rusa.Tanduk besar gile! Boleh buat art. :p Kami jumpa baboon dan monyet.Mereka lompat-lompat di atas kereta kami.Mereka meninggalkan sejarah pada kereta Honda kami.Tahi! Dan tapak kaki kotor! :o Kemudian,kami pergi jumpa unta,llma,dan badak sumbu.Aku sentuh pak unta.Beshnye.Tapi,adik aku menjerit-jerit,tak kasi buka tingkap kereta.Mengada betul! Aku tak kisah pun, aku nak bukak gak tingkap kereta.Nak pegang pak unta.Bukannya unta tu mengamuk kat aku.Dia lagi suka ada la. =p Kemudian, kami jumpa si merak.Nak posing dengan dia.Tapi,dia sombong! Dia lari jauh-jauh bila aku nak snap picture together!Ceh! Kurang asam. :O Tak pe.Tak nak sudah. Malas aku nak layan kau. Aah! :I
Lepas kes merajuknya dan terasa hati aku pada si merak,aku jumpa pak gajah.Diaorang tak sombong pon.Bagus.Bagus.Ini aku sayang sangat nieyh.Alamak! Tapi,camera dah low battery! Tak boleh guna! WAAAAAAAAAAAAAAA! :,( Tapi tak pe,camera Sultan Raja Iskandar boleh jadi hero! :D



Lepas pusing satu safari, kami makan tengahari.Makan sandwich dan nasi goreng masakan cik Su.Isteri kepada Sultan Raja Iskandar.Sedap! :) Sebelum kereta kami keluar dari kawasan Knowsley Safari , kami bergambar di signboard Knowsley Safari Park.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Liverpool.Jalan-jalan.Kami terjumpa "The Beatles Story" exbition.Aku tak minat pun dengan diaorang.Saja je ambik gambar.Selepas itu,kami jalan-jalan lagi.Sangkaku,kami dapat berhenti seketika untuk bergambar di Liverpool Stadium.Tapi, hari tu, mereka ada game.Parking pun tarak.Maka,kami cuma pergi ke Everton Stadium.Tidak jauh dari Liverpool Stadium.Berhenti sebentar.Ambil gambar.7 minit kemudian,masuk ke kereta semula.Dan,meneruskan perjalanan ke rumah kawan Sultan Raja Iskandar.Kami jumpa si comel Aiman.Dia suka kiss Iman Sofea.Muncung sekali bibirnya,mahu cium! Aiman budak 3 tahun yang banget comel dan kelakar.Kami makan young tau foo di rumah itu.Kami juga menonton cerita "Around the world 80 days".Lakonan Jackie Chan.Kelakar gila! Pecah perut usus aku. Tak sempat ku habis tonton,kami harus pulang rumah.Sampai rumah Sultan Raja Iskandar,ceritanya sudah habis! Aduh! :I
Esok pagi, aku bangun jam 5.30 pagi.Harus cepat.Hari ini,kami tidak lagi menaiki kereta Honda kesayanganku.Honda akan dijual :( Sultan Raja Iskandar menghantar kami ke Stesyen Keretapi. 4 jam dalam keretapi. Aku melukis.AKu tidur.Aku makan.Aku tengok kiri dan kanan.Seronok. Kerna,sudah lama tidak ku naiki keretapi. Ini kali pertama di United Kingdom.Pukul 12 tengahari,kami tiba di teratak 60,Alexandra Terrace.Tak penat sangat.
Oh Sultan Raja Iskandar itu pak cik Raja Iskandar. Pak cik Raja yang suka perasan santan. :P Terima kasih atas percutian yang besh banget! :)

1 suara reformasi:

Anonymous said...

Jauh perjalanan nie..
sampai jumpa Sultan.