RSS

PSE lesson!

Hari ini,hari Rabu.Kelmarin hari Isnin,cadangku nak ponteng sekolah sebab hari itu ada PSE.mmm.Aku tak suka PSE sebab time PSE,aku cuma duduk di dalam kelas.Waktu yang tiada aktivti dan agak membosankan kecuali kalau ada kerja!Tiada lagi kakiku nak merayap,jalan-jalan pusing sekolah.

Tapi hari itu, bangun awal.5.45 pagi.Tapi dah macam pukul 6.45 pagi di Malaysia.Agak terang warna pagi hari ini.Aku nak kena siapkan Biology corsework.Maka bisinglah ibu aku kerna tidak ku siapkannya malam tadi.Malam tadi punya tidur awal.Aduh.. Bla.Bla.Bla. Maka siaplah setengah. Ah. Mampuslah. Asalkan sudah hampir siap.Nanti sampai sekolah,aku tanya aa dengan kawanku. Oh ya. Ini perangai aku.Suka buat kerja last minute.Maka barulah nampak busy dan semangat! Dan lepas itu,bapak dan mak aku bising dengan aku. sorry pak.sorry mak.eh bukan! sorry ayah.sorry ibu. :P Budak-budak tak baik tiru perangai ini.Aku je ni.Agak bahaya. :P

Pagi ini,jalanku agak lenggang kangkung sawi belacan.Agak awal la juga aku pergi sekolah.Hari ini,aku pakai skirt labuh.Maka,tiadalah nak ku panjat pagar.Nanti gedebush pulak! Tapi,aku masih ada satu jalan shortcut.Aku perlu buka jumper yang ku pakai supaya badanku dapat "fit" dalam ruang pagar yang agak mungkin bisa ku lepasi.Gelagatku dilihat oleh seorang mak cik tua bersama anjingnya.Maka bertanyalah mak cik itu agak kehairanan : "Why don`t you go on this way?" mmmm..because this shortcut la mak cik.. jawab ku. "But,you have to take off your jumper to fit into the gate"... mmm.don`t worry la mak cik.Aku kurus la.. :p ahhahahahhaha.Sekali,ku cuba memasukkan diriku dalam ruang pagar itu, eh!!!! Apasal tak muat niyh!? Aduh...... gemuk ke? :O Mak cik itu pun datang menghampiriku dan lantas menolongku memegang pagar supaya mudah untuk ku masuk ke ruang pagar itu. Uh!! Ow! SEMPRITTT NYERRRRR!
Oh.Oh. TERIMA KASIH MAK CIK kerana menolongku.Dan terima kasih juga kepada anjing mak cik ini kerana tidak menghampiriku.Sekadar tuannya yang baik hati itu. :)
Pagi yang indah sekali!

Kring..kring...
Hari ini ada assembly rupanya.Assembly bukan hari-hari tahu! Cikgu diri dan murid duduk! Ish.Ish. :O Hari ini di assembly, Mr Davies bagi motivasi.Kami buat kapal terbang kertas dan menerbangkannya.Seronok! Macam budak-budak.Kami main baling-baling kapal terbang kertas.Aku pun tak kira hebat menjadi seorang budak waktu itu.WAH.Meriah.Sungguh. :o

1st lesson,
Miss Nuts, berikan kertas kerja motivasi untuk kami berperang dengan GCSE! Cuma beberapa saat je lagiiii..Tapi,aku masih selamba badak sumbu indonesia. Huh. Tak baik.Jangan tiru~ :p Miss Shilling memuji kelas kami kerana kesopanan kami pada minggu lepas di dalam kelas PSEnya.Maka,kami dapat kredit atas kesopanan kami.:)

3rd lesson,
Selepas break,Miss Nuts memberikan coklat sempena Easter Day kepada semua anak-anaknya yang cantik dan kacak.Wah.Terharunya.:P Kemudian kami bergambar sama-sama.Semua cun.Wah bahagianya! Hari yang sakan kebahagiaan.

5-6th lesson,
Kami cuma perlu membincangkan dari kertas kerja yang Miss Nuts berikan.Dalam kumpulanku,cuma aku seorang saja perempuan.Kumpulan kami berbincang tentang "Evolution". Sejarah penciptaan manusia.Darwinisme.Topik yang menarik tapi bodoh jika anda percaya Darwinism.Kerana,kepercayaannya bahawa manusia berasal dari beruk.Di akhir perbincangan,kumpulan kami mendapat markah tertinggi! :D dan seterusnya..kami pulang rumah!

Hari itu dalam sejarahku,PSE all day,yang paling sweet.Tak lama lagi,kami semua year 11,akan meninggalkan kelas 11N.Huh.Sedih la..terasa sekejap sangat masa berlalu.Inilah memori yang manis macam coklat! :)

1 suara reformasi:

Anonymous said...

jgn ponteng sekolah , nanti jadi mat rempit swansea naik basikal-SUltan perak manchester