RSS

Kek coklat kesyukuran



12 Mac 2008,lebih kurang jam 9 malam,aku masak kek coklat bersama dengan Kak Nurul.Dia tinggal dirumahku buat seketika waktu untuk menghabiskan pengajian phD di Swansea University.Ini kek coklat bukan sebarang kek coklat.Kek coklat inilah sekadar tanda kesyukuran yang ingin aku kongsi bersama guru-guru dan kawan-kawan di sekolah Bishop Gore.Ya.Tanda kesyukuran di atas kemenangan Barisan Alternatif.Alhamdullilah.
Esok harinya, ku berikan kek coklat pada guru seniku, Miss Tiley.Aku selalu bercerita tentangnya.Cerita tentang dunia aku.Dunia politik,dunia Islam,dunia dan akhirat! Salam tahniah diucapkan oleh guruku ini, diatas kemenangan Parti Islam Malaysia. :) Dia jua turut tersenyum dengan kisahku.
Seterusnya ku langkah kakiku,ke makmal Fizik, ke makmal Biology,ke bilik Religious Study, dan akhirnya ke library.Jumpa Mr Levon.Dengan Mr Levon aku bercerita,aku ingin menjadi seorang interior designer,seorang chef,seorang ahli politik dan seorang photographer.Ya.4 cita-cita dalam satu cinta. :] Dia selalu mendengar cerita impianku, yang ingin menjadi gadis reformasi buat Malaysiaku.Ku khabarkan setiap orang dari mereka,atas kemenangan Barisan Alternatif dan banggaku menjadi rakyat Malaysia bukanlah kerana Perdana Menteriku yang jahat gila! Seorang Perdana Menteri yang penipu besar! Jujur lidahku tuturkannya pada mereka.
Inilah kek coklat yang ku selalu masak.Yang selalu ku hadiakan untuk orang-orang. Inilah ilmu yang kupelajari dalam "Pelajaran Masak" di sekolah. Ilmu tanpa amal umpama tanah tanpa bunga. Salam syabas sekali lagi buat pejuang-pejuang Malaysia diatas perubahan ini.TAKBIR!! :D

1 suara reformasi:

ainin sofiya burhan said...

nk cikit kek 2..
hik3..