RSS

perginya dia

Perginya dia
lebih hebat dari kilau permata
lebih mahal dari emas harta
lebih harum dari ros merah
lebih lebih dan lebih
dari pak menteri
dia
dia
dan dia
dia yang dipecat
kerna merah beraninya
dia
dia
dan dia
Allahyarham Ustaz Ishak Baharom

Mungkin agak lambat ku ucapkan kalungan bunga salam takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Baharom Din yang telah kembali kepada Tuhan Yang .Masa tidak menyempatkan aku menulis salam takziah atas pemergian beliau.Mungkin aku tidak terlalu mengenali diri beliau.Tetapi keberanian beliau,membuatkan naluri aku ingin menulis tentang mujahid malaysia yang sanggup dipecat kerana tidak bersetuju dengan pertandingan ratu cantik diizinkan di tanah airku.Entah apa kebangang sangat pemimpin zaman Malaysia! Nak lawan pun tak pandai ke!? ;o
Di ruang oksigen Tuhan ini, biarlahkan kalamku melafazkan rasa simpati kerna perginya mujahid Malaysia dan al fatihah buat Allahyarham Ustaz Ishak Baharom.Moga Allah menempatkan beliau di tempat orang-orang yang mulia. Amin =]

0 suara reformasi: