RSS

INI BAHASA HATIKU!

YA BAHASA MELAYU ITULAH BAHASA HATIKU.
BAHASA YANG KU TUTUR
BAHASA ANTARA HATIKU DAN MEREKA
INILAH BAHASA NENEK MOYANGKU
BUKAN,
BUKAN, DAN BUKAN,
BAHASA PENJAJAH YANG KU BANGGA-BANGGA,

1 1/2 tahun lalu,aku adalah antara mereka yang menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan dasar bahasa penjajah sebagai bahasa penghantar dalam Sains dan Matematik.
terkejut beruk Hishamuddin Hussin Onn!
mungkin rakyat jelata tidak tahu,bahawasanya bahasa Melayu adalah satu antara akta perlembagaan 50(50) sebagai bahasa penghantar! Tak percaya!? Dialukan untuk bertanya pada peguam kami, Pak Cik Hanipa Maidin.
Dan sewenang-wenangnya, kerajaan menipu rakyat jelata!!

Di awal pagi,ku tiba disekolah,kawan-kawanku melihat aku berjalan.Dan mereka bersorak.Ucap tahniah.Popular untuk seketika kerana namaku di dada akhbar.Nur Najihah Bt. Muhaimin.
Ya.Hatiku agak berdebar saat menghadapi soalan-soalan dan perbahasan tentangnya!
Berdebat dengan seorang teman sekelasku yang sememangnya UMNO.Norsiah.Bilang gadis yang agak hebat dalam perdebatan ini,dia merasa malu kerana aku telah merosakkan nama baik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak.Sampai menitis air matanya.
Bukan soal air mata dan populariti yang ingin ku katakan.Ini adalah soal maruah dan martabat Bahasa Melayu.
Awang Sarian dan Pak Samad, sendiri menyokong perjuangan memartabatkan bahasa ibunda.
Guru-guru dan kawan-kawanku,agak terkejut.Guru Sains,guru Matematik, dan guru English,antara guru-guru yang bertanya padaku tentangnya.Guru Bahasa Melayu ku sendiri,berani menyokong diriku.Tabik spring untuk guruku!Kerana tindakan tegas mungkin diambil oleh pihak kerajaan sekiranya mendapat tahu,orang-orang kerajaan menyokong pembangkang! Ini bukan politik!Ini dunia sekolahku!Ok!?
Aku sendiri disoalsiat oleh Guru Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak,atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.Ayah orang yang memberi kata semangat di ganggang public phone, sebelum ku memulakan langkah ke bilik Penolong Kanan.
DUp.DaP.duP.dAP.
Maka,saat ku melabuhkan dudukku di atas kerusi,soalan-demi soalan bertandang dari bibir Penolong Kanan.
Kenapa aku menyaman kerajaan Malaysia?
Segala yang kukatakan,ditulis diatas kertas putih A4.Ku memberi 10 sebab kenapa harus ku menyaman kerajaan Malaysia yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains.
Antara sebabnya:

1-bertentangan dengan akta Perlembagaan 50(50) bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar dan juga bahasa rasmi.Kerajaan tidak boleh memijak kepala rakyat dengan suka hati!
2-untuk apa kita sebagai rakyat Malaysia terlalu bangga dengan bahasa penjajah?Sedangkan,bahasa Arab adalah bahasa syurga sendiri, adalah lebih mulia jika dibandingkan Bahasa Inggeris!
3-kajian menunjukkan reputasi pelajar Malaysia,bagi matapelajaran Sains dan Matematik dalam English menurun dan tidak berkesan.
4-terlalu susah bagi pelajar yang lemah dalam menguasai bahasa asing,khususnya mereka yang berada di kelas hujung.Bukan pandang rendah pada mereka,tetapi berfikirlah dan cubalah untuk memahami atau meletakkan diri anda seperti mereka.Jika Sains,Matematik dan Bahasa Melayu sendiri mereka masih lemah untuk mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan,apatah lagi Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik?
5-Guru-guru kerajaan terpaksa menjalani kursus kerana keterpaksaan oleh kerajaan! Ibu aku sendiri,seorang guru Matematik dan juga antara guru-guru yang perlu menjalani kursus!
6-Lihatlah pembangunan pesat negara China sendiri.Mereka tidak menjadikan BAHASA INGGERIS sebagai bahasa mereka.Tetapi,kepercayaan pada bahasa mereka sendiri,telah meletakkan diri mereka antara negara yang maju!
7-Di sekolah menengah kebangsaan cina sendiri, mereka mempunyai dua sesi pembelajaran bagi kefahaman untuk matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!
8-Ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar yang berhak ke atas diri kami sendiri.
9-Ini bukan soal politik!Ini adalah soal pemerintahan sebuah kerajaan yang goyah!Yang terlalu bangga dengan dunia lain!
10-Ini adalah dunia kami!Bukan dunia pementasan kekejaman kerajaan!Ini bukan tempat mereka!Ini adalah tempat kami!

Sudah setahun lebih,aku hidup disini.Dimana,hari-hariku bertutur bahasa Inggeris bersama teman dan guruku di sekolah.Dan semakin hari,Bahasa Inggerisku,semakin baik.Tidak terlalu bagus.Cukuplah kami bergelak tawa,bercerita dan berkongsi kisah hati!Tapi,tidak pernah ku lupa siapa asal usulku.Kami jua tetap bertutur bahasa ibunda!Tidak ku rasa segan silu untuk mengajar ayat-ayat "Saya sayang awk" kepada kawan-kawanku.Kami juga ada gelaran tersendiri. Aku adalah "Puteri", Jiusi adalah "gadis manis",Joanna adalah "gadis cantik", Jacob adalah "Raja",Rhiannon adalah "permaisuri" dan Anthony adalah "budak afro".Setiap hari pulang ke sekolah bersama mereka!Dan selalu jua,lidah kami menuturkan "Selamat tinggal!" dan "jaga diri!".

Ada suatu cerita,seorang teman sekolahku berjenaka,mengatakan,"Entah-entah,nanti Najihah saman kerajaan British!"
Jenaka yang agak bodoh.Dan terlalu singkat fikiran orang itu!Aku tidaklah terlalu bodoh untuk menyaman sebuah kerajaan British kerana menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sebab itu bahasa hati mereka! Aku tidak terlalu bodoh,untuk menceroboh hak kemanusiaan!
Pernah ku bercerita tentang perkara ini,kepada teman dan guru yang rapat denganku di sekolah.Mereka memihak padaku.Dan mereka bertanya,kenapa tidak kita menggunakan bahasa sendiri?
Ini bukanlah kisah kebanggaan!Ini adalah kisah bahasa hati aku,kamu dan kita!
Sesungguhnya aku tidak menolak Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa yang bagus!Tetapi letakkanlah bahasa ibunda kita sebagai bahasa hati kamu!

1 suara reformasi:

zulfaqar said...

skrg baru ku sedar semula...
thanx jihah..