RSS

1 mimpi dalam 1000

Rasa macam mimpi,bila nak tinggalkan tanah air aku.Tak percaya dan tak boleh nak dibayangkan dengan kata-kata.Aku sekeluarga meninggalkan tanah air pada hari raya ke-4.Bayangkanlah!!Masa tu hari raya.Sibuk sangat.Ramai orang datang menziarahi kami.Dari jauh dari dekat.Semuanya datang!Tapi sayang,kawan-kawan aku tak dapat datang!!=[

Masa di KLIA,ramai ahli keluarga kami datang untuk berjumpa kali terakhir.Sedih sangat masa tu.Semakin cepat detik jam berlalu,semakin sayu hati aku.Dan hinggalah masanya tiba.Kami semua berpelukan.Majoriti menangis!Embah Lanang pun menangis..apatah lagi embah Wedok!Bibik Aini aku,lagi la..dia tu ratu air mata!

Perjalanan selama 16 jam,sangat memenatkan.Walaupun bukan aku yang jadi pilot!hahah~makan,tidur,makan tidur!Itu je la kerja sepanjang naik Qatar Airways.Kami transit 2 jam di Dubai.Kemudian menyambung balik perjalanan ke bumi UK!

Pejam celik,pejam celik.Tak sampai lagi ker???HUH!Dah naik kebas tau duduk lama-lama!Tapi tak apalah.Yang penting aku dapat makan dan tidur!!=phhahaah~aku memang kuat makan..tambahan pula,makanan yang disediakan dalam Qatar Airways,memang sedap..huhuhu~bukan selalu nak bantai makanan banyak2!!Sekali seumur hidup pun tak pasti lagi…=]

Bla~Bla..akhirnya sampai la aku di Manchester Airport pada pukul 8.30 malam..Alhamdulillah!Pak cik Raja yang mengambil kami di Manchester Airport.Sepanjang perjalanan balik rumah pak cik Raja,aku tengok kiri lepas tu tengok kanan.Apa pasal kedai-kedai semua dah tutup?Shopping complex pun dah tutup!Kata pak cik Raja;sini pukul 8 dah tutup kedai la! Aduhai!!Awalnya……..=[

Setelah tiba di rumah pak cik Raja,kami bersiap untuk solat..Kemudian semuanya SHAHID~ ahhaha~ penat sangat!Masa tidur dah macam tak betul je…Maklumlah baru sangat tiba di bumi asing!Kami cuma menetap selama 4 hari di rumah pak cik Raja.Sepanjang 4 hari tu,pak cik Raja bawa kami beraya di rumah kawan-kawannya.HUH!memang besh!!Tapi,masa tu penat lagi la…=p

4 hari di Manchester,satu pengalaman yang indah!Rasa macam nak duduk je di Manchester!Tapi tak boleh la…Kami kena tinggal di Swansea,Wales,sebab dekat dengan Universiti ayah.Manchester di bawah negeri England.Swansea pula,di Wales.Pak cik Raja cakap,kadar jenayah di Manchester lebih tinggi dari Swansea.Jadi,kenalah berhati-hati!

Hari ke-4,datanglah pak cik Zuhdi sekeluarga untuk membawa kami ke rumahnya di Lampeter,Wales.Pak cik Zuhdi dan isterinya,mak cik Seri ada seorang puteri,yang comel sangat macam anak cina!!Namanya Fatimah Azzahra.Dia ada 2 orang kakanda kembar yang sangat comel iaitu Nasrullah dan Nasrudeen.Mula-mula,masa diorang datang tak perasan pun ada diorang tu kembar.Sampailah pagi tu,aku terdengar suara manja seorang budak..Manja gila!Kalah aku..=p Huhuhu~Rupanya ada anak kembar!Besh betul ada budak-budak ni!

6 jam perjalanan dari Manchester ke Lampeter,memang memenatkan.Tapi tak la sepenat macam aku balik kampong di Kelantan!Kami tiba di pekan Lampeter pada larut malam.Aku tak dapat bayangkan macam mana la Lampeter ni.Cerita mak cik Seri,Wales ni macam kampung sebab ada ladang,kambing biri-biri,bukit-bukau, dan orang kata,Wales cantik!Macam cikgu Halimaton,cakap dengan aku dulu…Dan Wales terkenal dengan kejuaraan rugbi.Kadang-kadang tu,sampai bergaduh lol!!

Pekan Lampeter ni kecil sangat dan terpencil.Lebih kecil dari Teluk Intan.Tapi,aman sangat tinggal di sini.Memang cantik!Cantik sangat.Kebanyakan orang tua yang tinggal di sini.Orang-orangnya pun ramah.Kalau jumpa orang tak kenal pun,boleh tegur “hello!”
UPS!Mula-mula tu memang la tak biasa,tapi sekarang ni dah biasa sangat!Tegur je la..Tapi,kalau di Malaysia,mesti pelik gila!Tak pasal-pasal,dapat pangkat gila!=p Tak pun,gatal=]

Masa kami tiba di Lampeter,cuma ada 4 keluarga Melayu dan 4 orang yang masih belum berkahwin.Antara yang belum kahwin,abang Hafis,abang Darda`,kak Mar dan kak Shifa.Jadi hubungan kami mudah jadi rapat sebab tinggal yang itu je orang Melayu di Lampeter.Tapi geram sangat!!Sebab tak ada yang sebaya dengan aku.Aku dan adikku je la yang mewakili golongan pradewasa =p Yang lain semua kecil-kecik dan besar-besar dari usia kami!

Kami tinggal dirumah pak cik Zuhdi selama 2 minggu sementara mencari rumah.Rumah di Lampeter mahal sangat.Bilik satu,tapi harga memang cekik tulang-belulang!Jadi,kami mengambil keputusan untuk tinggal di Bandar Swansea.1 jam 30 minit dari Lampeter.Mungkin kalau dibandingkan antara Swansea dan Lampeter,Swansea lebih baik sebab senang nak dapat keperluan rumah.Macam-macam boleh dapat.Lagipun dekat dengan pantai dan orang-orang malaysia!Yuhuuu~Tapi tak boleh nak mandi la…syejukk~

Alhamdullilah kami telah mendapat rumah 2 tingkat (termasuk bilik bawah tanah) di alamat 174,Hanover Street.Rumahnya memang besar!Lebih besar dari rumah aku di no 15,jalan perkasa 4 dulu.Belakang rumah aku,ada sebuah rumah lama yang ditinggalkan.Mula-mula pindah sini,takut je kalau nak tengok tingkap.Macam rumah hantu!Tapi lama-lama,tak la takut sangat.=] Sunyi dan bosan sangat bila pindah rumah.Rancangan TV yang membosankan!!Rindu rancanganTV di Malaysia!!Komputer pun tak ada internet lagi.Bebudak comel pun tak ada!!!!WAAAAA~~Nangis aku!

Sebulan lebih aku menganggur duduk rumah macam orang tak ada kerja!Sampailah aku dapat pergi sekolah baru.Nasib baik ada bebudak yang sebaya dengan aku.Asmaq,kak Sya,kak Qila dan Aliah.Waktu tu kami tak rapat sangat sebab baru kenal.Kalau balik Lampeter,memang besh.

Hari tu masa hari lahir abang Hafis dan Kak Mar,kami buat sedikit jamuan.Aku dan adiklah yang jadi ketua.Mak cik Seri jadi penolong.Kami buatkan kad hari lahir dan kek sarang lebah untuk diorang.Taklah sedap pun,tapi janji ROCKK!! =] hahaha~merepek jer!ROCK benda tah..=p

Inilah satu mimpi.Mimpi yang tak pernah terimpi!Ada lagi kisah dari bumi UK ini,bukan ini saja coretannya.Tapi banyak lagi kisah untuk dicoretkan!Jumpa lagi di kisah yang lain!=]] Salam mimpi indah!

0 suara reformasi: