RSS

Cinta dimensi Jawa & Pattani

Aku rasa bertuah kerana dilahirkan sebagai cucu sulung dalam sebuah keluarga melayu Jawa.Yang pastinya layanan istimwewa untuk cucu sulung!Dalam keluarga sebelah ibu,aku cucu ke berapa..entah la!Tak ingat sebab ramai sangat..dah sampai cicit!Tapi,layanan tetap istimewa sebab aku selalu buli atuk!hahaha~buLi balik!
Embah Lanang,adalah panggilan untuk atuk.Embah wedok pula,adalah panggilan untuk nenek.Kata pamanku yang bongsu,embah wedok ini,penyayang dan sangat pemurah dengan cucu-cucunya.Cakap jer,nanti embah belikan.Pamanku yang bongsu pun,cemburu dengan anak-anak sedaranya.Maklumlah,anak manja!Tapi,cemburu sekadar tanda sayang..;p
Kalau sebelah ibu,tak ada yang sebaya dengan usiaku.Kebanyakkan adik-beradik ibu,duduk berjauhan.Ada yang tinggal di Terengganu,Ipoh,KL,Putrajaya dan Kelantan.Jadi,hubungan kami tak la serapat macam sebelah ayah.Tapi aku rapat la juga dengan auntie.Auntie Umi!Sebab dia layan aku,baik dan manja!=pKalau dengan sepupu,aku rapat dengan kak Ina!Memang sekepala..walaupun jauh jarak usia kami,11 tahun kot!Dalam keluarga kami,aku dan adik dikenali dengan panggilan Kakak & Adik sebab kami cuma 2 beradik.So,tak kira la muda atau tua dari kami,kebanyakkan panggil kami Kakak & Adik..=]
Bila jauh dari embah Lanang,embah wedok,paman2,bibik2 dan sepupu-sepapat,rasa penting sangat ikatan kasih sayang antara keluarga.Tanpa mereka,tak mungkin kami akan sampai disini.Bertungkus-lumus,embah,paman dan bibik membantu mengemas barang untuk dibawa ke United Kingdom.Siap tulis macam-macam lagi kat pembalut kicap dan sos!
Pada malam pemberitahuan,bahawa kami ke UK,mungkin satu kejutan.Kerana,kami tak pernah berjauhan dengan tempoh masa yang belum pasti untuk kembali ke tanah air.Bagiku sendiri,hubungan kekeluargaan kami sangat rapat.Aku paling rapat dengan paman dan bibikku yang bongsu,sebab diorang ini la paling muda sekali..Umur pun tak la jauh sangat.Lagi2 dengan paman Khair.Dia selamba jer.COOL!Keluarga kami selalu berbincang antara satu sama lain.Menghormati yang tua,dan menyayangi yang muda!Tapi aku ini,kuat buli bebudak bawah umur aku,,hAhAha xD
Bila telefon mereka disana,pastinya kata-kata rindu embah wedok,embah lanang dan sepupu2 tak pernah tertinggal.Kadan-kadang itu,embah wedok pun nangis.Kami disini,tak boleh nak cakap apa lagi,sebab dah pujuk embah tak payah la nangis.Insyallah jumpa lagi.Rasa kasihan sangat pada embah lanang dan embah wedok,sebab sepatutnya bulan Julai ini,diorang akan datang ke sini.Tapi,dalam masa yang sama,mereka terlalu sibuk dengan urusan sekolah dan urusan pertunangan Bibik Aini.Sebak hati embah Lanangku.Katanya;”Kalau embah ada sayap,dah lama embah terbang pergi UK..” heheheh.puitis gak eik embah aku!;p
Sehari sebelum pertunangan Bibik Ainiku,kami menelefonnya.Diharapkan majlis pertunangannya berjalan lancar.Bibik Aini menangis sebab kami tak dapat menghadiri perkahwinannya.Katanya lagi,”bibik sedih sebab tak ada anak sedara bibik yang gedik2 dan gatal tu!”hahaha~kelakar la!Tengah sedih pun,dia boleh buat lawak.
Huh!Aku pun sedih juga.Tapi,nak buat macam mana..=[ Perkahwinan bibik Aini ku,itulah perkahwinan yang aku nantikan!Harap-harap,aku dapat pulang ke tanah air secepat mungkin.Kasihan mereka yang menunggu kepulangan kami!
Kalau hari raya menjelang nanti,pastinya sedih!Sebab tak dapat makan lontong jawa masakan keluarga.Berjaga malam untuk masak lontong!WA~~~~Rindu sangat dengan diorang.. =’[

HARI-HARI TERAKHIR BERSAMA MEREKA
Hari-hari akhir memang sibuk sangat.Bibik,embah,paman ibu dan ayah sibuk packing barang nak bawa pergi UK.Hari-hari terakhir tu jugalah,embah lanang dan embah wedok bagi hadiah.Tiba-tiba saja,malam itu(tak ingat la bila) embah lanang panggil.Lepas itu embah bagi handphone,itu tak la kisah sangat sebab memang dah minta dengan embah wedok!Lepas itu,embah Lanang keluarkan duit dari poketnya.Nampak RM50.Tapi bukan RM50!RM1000!Aku dan adik terkejut!Mak ooih!Banyak betul =0 Alhamdulillah..bertambah la duit aku!=]
RAYA AIDILFITRI YANG PERTAMA HINGGA HARI RAYA KE-4
Aku berhari raya pertama di Pasir Tumboh, Kelantan.Kami hanya sempat beraya sehari saja di rumah atuk.Sedih sangat taw!Hari-hari terakhir inilah,aku banyak “buli” dan kacau atuk ki dan tuk wan!Atuk ki selalu ajak tidur sekali dengan dia!Bukan setakat tidur,tapi tinggal dengan dia.Mengaji pondok!huhu~ibu tarak kasi permission lol!sebab jauh sangat! =]
Pagi raya,kami bersembahyang di Masjid Pulau Melaka.Tempat Tuan Guru Nik Aziz.Lepas itu,makan Nasi Dagang sama-sama.Sedap taw!Atuk pandai masak..=]Pada tengahari itu,kami terpaksa pulang ke Perak,sebab nak siapkan barang!huh~Sedih bila tengok muka tua atuk aku!Dah la aku suka buli atuk!Aku rapat dengan atuk!Entah bila nak jumpa lagi..=[tuK ki & emBah LaNang♥
KELUARGA ASAS
Keluarga asasku hanya ada 4 orang ahli keluarga saja,dan insyallah akan ada rezeki pertambahan ahli keluarga yang baru..=pAku ada seorang ayah yang kacak;seorang ibu yang menawan;dan seorang adik yang gedik;Ayah pernah menjadi seorang guru di sekolah atukku sendiri dan pernah menguruskan sebuah pusat tuisyen.Sekarang ayah adalah seorang pelajar jurusan Islamic Study di University Of Lampeter,Wales.Ibu pula seorang guru dan seorang suri rumah.Kalau tak ada surirumah,maka tak ada seri la rumahtangga ni! Keluarga aku adalah segalanya!Tak ada aku tanpa dyeowg!Sebab tu la aku sayang sangat kat keluarga aku..moga2 Allah terus memberkati keluarga kami!
Amin..

0 suara reformasi: